Thursday, December 24, 2015

Kek Coklat Kukus

aslkm dan selamat malam.

malam yang sejuk macam ni kalau berangan perhh sampai bulan, aku ni name je nak exam tapi relex je. Bukan tak risau cume malas tu ade lagi. aish apa nak jadi tak tahu la. Ha malam ni aku nak share cara buat kek coklat. Yela selalu aku buat je kan,orang duk puji sedapp. (ceh, kembang semangkuk kau) hee. (*-*). Kek coklat ni mudah je sebab aku pakai sukatan cawan. Kalau buat pagi tengah hari tu dah boleh ngap dah..

Bahan-bahan pon tak la susah nak cari, kire kalau nak beli kat kedai runcit tu senang la dapat. Aku share ni pon bukan ape kot2 la nanti tetiba lupa nak buat, so senang ade rujukan. 

Bahan Kek Coklat Kukus:-

Bahan A:

1 cawan serbuk koko
1 1/1 cawan gula custor
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
secubit garam

Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung ros
1 sudu teh baking soda
1sudu teh baking powder
4 biji telur gred B

Cara2:

1. campurkan kesemua bahan A dan putar guna mixer sampai gula larut.
2. masukan telur sebiji demi sebiji putar sampai sebati.
3. ayak tepung , baking soda dan baking powder.
4. masukan sikit demi sedikit kesemua bahan yang diayak. putar sampai kesemua tepung tadi sebati.
5. lapik loyang kek dengan kertas *tapis adunan kek sebelum masuk ke alam loyang utuk pastikan tiada ketulan2 tepung nanti tak cantik
6. panaskan air dalam periuk kukus sampai mendidih, dan kukus selama 1 jam. *gunakan aluminium form untuk kek lebih cantik dan tak terkena wap air.
7. lepas 1 jam baru bukak dan sejuk kan.

selamat mencuba :)

Tuesday, December 22, 2015

Fighting! Fighting! Fighting!

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku belajar dan menetap di joho ni. Dan lagi beberapa hari je lagi tamat lah sudah pengajian aku aku kat unikl ni. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun pelbagai rintangan aku lalui, dan tak lame lagi final exam akan muncul.

First time aku tak balik time study week, ok la berkorban kali ni kan . bila lagi aku nak study betol2. Nak dekat2 exam ni takot tu ade tapii.... Hurm malas pon ad -_- . .  mood study mohon kau datanggggg (>y<).

Tiap kali exam la seru mood study, padahal semua bergantung pada diri. Kali ni untuk last ni kene fighting!!! Semangat lia kau boleh.. Ya Allah bagi aku berjaya kali ni . Aminn.

Sekian untuk hari ini .

Monday, December 21, 2015

Anak Mak 😘

Sape tak sayang mak? Semua sayang mak kan.
Kalau sakit orang kita panggil mesti mak dulu bukan ayah,.

Ha aku ni pon macam tu lah, name je anak sulong tapi kalau boleh nak manja jadi anak bongsu. 

Masa kita kecik2, dengar mak bebel je dah boring kan? Paz uh mula la cakap mak tak sayangkan kita la, tak faham kita la, padahal tak tahu mak tu ambk berat sangat sal kita.

Sekarang bila dah besar, belajar jauh dari rumah, jauh dari mak ayah baru tahu betapa sakit nya rindu kat mak. Benda wajib aku kan buat tiap hari dan kalau boleh tiap jam ialah call mak aku. Bila call mak dengar suara mak rasa semangat nak belajar tu sentiasa ada.

Sampaikan bila aku tak call mak satu hari mesti die risau, ada tu siap cakap mak rindu la kat kakak.. Wahh 😭😭 terharu sangat bila mak cakap macam tu.

Bila umur semakin meningkat dewasa baru kita tahu erti bebelan mak kita, rindu bila tak dengar mak bebel, rindu bila tak kene marah gan mak. Hidup aku sesiapa pon tak boleh ganti tempat mak aku, sebab mak je faham aku, sentiasa sokong aku. 

Hargailah mak jika masih ade,hari ni kita ad mak, satu hari kita akan jadi mak. Mungkin apa kita buat pada mak anak kita akan buat pada kita. Mak lah segalanya, mak juga syurga kita . 

SET HAMIL SHAKLEE TETAP PILIHAN HATI

Assalammualaikum hye semua, macam dua tiga hari je tak update blog kan.  Hari ni fatin nak share sikit rutin harian fatin. Dalam fasa hamil ...